Monday, February 25, 2019

Image result for politeknik sultan haji ahmad shah


DUA2012 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam


Tajuk: Al-Quran dan Fatwa semasa dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan


Ahli Kumpulan

  • Ahmad Norfarhan bin Fakhruzzaman 02DAD18F1091
  • Muhammad Mustaqim bin Muhammad Rafie Empari 02DAD18F1106
  • Muhammad Hafiz bin Zainal 02DAD18F1076
  • Shalahuddin bin Mahudar 02DAD18F1103
  • Muhammad Syazuan bin Mohammad Shawal 02DAD18F1082







Pengenalam


Pada abad ini, sains-teknologi di serata dunia mempunyai banyak pengaruh sama ada dari aspek positif dan negatif. Dari aspek positif mendapati bahawa dengan adanya sains-teknologi kerja dan perbuatan manusia dapat dimudahkan. Walau bagaimanapun, dari aspek negatif, bahawa sains-teknoogi ini dapat mendatangkan masalah dari segi kekerasan, pergaulan bebas, hedonis dan perbuatan tidak bermoral lainnya yang merupakan bentuk nyata dari "manipulasi" konstruksi teori dan aplikasi sains-teknologi yang bebas nilai. Antara cara mengatasi aspek negatif dalam sains-teknologi ini adalah dengan merujuk, memahami, dan mengikut kembali ajaran teks dalam al-Quran dan hadis yang menjadi kesahihannya diyakini benar lagi sahih serta mendalami ilmu agama untuk mengetahui cara reformulasi tujuan sains-teknologi dalam Islam supaya melahirkan manusia yang ulul albab.




Sains Menurut Al-Quran Dan Hadis


Definisi sains menurut tradisi Islam ialah sains yang bersumberkan daripada tradisi sains tamadun awal terutamanya  Tamadun Islam dan kaedah empirikal dan matematikal ataupun logikal merupakan sebahagian sahaja kaedah yang digunakan. Metedologi sains Islam juga mengakui kaedah yang bukan empiris seperti ilham dan kaedah gnostik atau kashf sebagai tergolong dalam metodolgi saintifik. Kaedah ini pernah diamalkan oleh tokoh sains Islam yang terkenal.

Islam amat menyeru kepada penganutnya yang mementingkan budaya ilmu dan melakukan sesuatu proses pencarian ilmu pengetahuan dengan bersungguh-sungguh.  Islam  amat  menegaskan  tentang  kepentingan menimba  ilmu  dan  dipraktikkan  dalam  pengenalan  ilmu  sains  dan teknologi. Perkara ini dapat dibuktikan secara fakta bahawa wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW amat menekankan kepada pembacaan sebagai perkara penting dalam menimba ilmu.

Ilmu adalah satu perkara wajib yang perlu dituntut oleh setiap umat manusia terutamanya umat Islam sama ada lelaki mahupun perempuan.

Dalam  karya  Imam Al-Ghazali  (1967) dan  Jasmi  (2018) pula, kewajipan menuntu ilmu yang tersebut dalam hadis ini terbahagi kepada dua, iaitu wajib fardu ain dan wajib fardu kifayah. Mendalami ilmu sains teknologi juga termasuk dalam kelompok ilmu wajib fardu kifayah.

Selain daripada al-Quran yang banyak menceritakan tentang fenomena sains yang wujud,  terdapat beberapa hadis yang  menggalakkan umat Islam mengkaji dan mendalami tentang fenomena  sains  yang  wujud

Antara  hadis  tersebut  ialah peristiwa Nabi Muhammad SAW yang melarang sahabat baginda daripada melakukan proses pendebungaan pokok kurma dengan menabur debunga jantan ke atas debunga betina lalu menyebabkan buah kurma tidak masak sepenuhnya.  Nabi  Muhammad  SAW  menerangkan  bahawa  pentingnya ilmu  perubatan  dan  keperluannya ,  secara tuntasnya menyeru  umat Islam  mengetahui  dan  mengkaji  tentang  Ilmu sains yang berkaitan.

Image result for pollination date tree

Peningkatan teknologi amat memberi galakan dan dorongan umat Islam untuk menceburi dan mendalami tentang keindahan sains-teknologi agar tidak ketinggalan jauh daripada peredaran zaman. Umat Islam yang sejati akan menjadikan al-Quran dan hadis sebagai panduan untuk memacu teknologi ke arah yang komprehensif dan lebih teratur demi mewujudkan masyarakat Islam majmuk yang lebih berkualiti dan berinnovasi berteraskan keilmuan Islam.



Kejuruteraan Dalam Al-Quran

  • Proses Pembentukan Besi

Firman Allah s.w.t : "Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatanyang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid : 25)Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu SurahAl-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah telah berfirman
“waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan besi”. Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul besi.Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H) , besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruangangkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar .Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripadamatahari iaitu suhunya mencecah berates juta celcius .Apabila besi mencapai amaunmelebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi dapatmenampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atausupernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakankeseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehinggaditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Image result for besi

Selain itu, elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe) dengankandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di pusat bumiAllah telahjelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid” (padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti.

Image result for earth's core



  • Kejuruteraan Awam
Kubah dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan kemahiransarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraanawam hidrologi 6, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman pemerintahan khalifah „Umar, beberapa terusan telah di bina. Saiyidina Umar pula telahmengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang mengalirkanair dari sungai Furat.Terusan ini di beri nama Terusan Abu Musa Asy‟ari, pemerintah Basrahketika itu.
Satu lagi terusan ialah Terusan Ma‟akal yang di bina di bawah penyeliaan Ma‟akal Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah juga telah di usahakan di Parsi.Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir. Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al-A‟mili seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.
Bagi negara yang yang di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat bergunakerana ia dapat mengelakkan pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka jugatelah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut.



Image result for engineering
  • Kejuruteraan mekanikal


Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialahdalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti (TheBooks of Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenaldalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yangmengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip inersia yangterkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan.”,“daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan kesannya.”,“dalam sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.” Al-Khwarizmi pulatertarik kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan. Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah“berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.”Teknologiyang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan „Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidangteknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.

Image result for mechanical engineering



Kesimpulan

Sains teknologi dan kejuruteraan adalah amat penting dalam islam. Ini kerana islam mengajar umatnya untuk menuntu ilmu terutamanya ilmu sains teknologi. Tanpa ilmu sains teknologi dan kejuruteraan umat islam akan mundur dan akan dipandang rendah. Umat islam juga telah memberi banyak sumbangan dalam banyak sumbangan dalam perkembangan sains teknologi dunia yang menyebabkan mereka ini dipandang tinggi oleh seluruh dunia. Jadi kita sebagai umat silam yang maju perlulah berusaha untuk mendalami ilmu kita agar umagt islam terus maju hingga kiamat.